Frequently Asked Questions (FAQ)

1. Apa itu Corridor Training & Consultancy?

Corridor Training & Consultancy merupakan entitI perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pendidikan terbuka dan jarak jauh dan menawarkan kursus dalam bentuk latihan, program eksekutif. CTC juga adalah perunding pendidikan dan bekerjasama dengan pelbagai institusi, university dan pakar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

2. Apa itu program ODL?

Open & Distance Learning ataupun Pendidikan terbuka dan jarak jauh merupakan program pendidikan yang mempromosikan penyampaian pendidikan berbeza dari aliran arus perdana. ODL menawarkan pendidikan fleksibel dan mudah akses serta berkualiti kepada pengguna. Program ODL wujud dalam pelbagai peringkat program seperti Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan kedoktoran. Program ini mendapat sambutan dari pelbagai masyarakat sama ada di dalam dan luar Bandar kerana bersifat fleksibel dan sangat popular dalam kalangan golongan bekerja yang ingin sambung pengajian

3. Apa itu APEL?

Menurut Malaysian Qualifications Agency (MQA), APEL A dan APEL C adalah bagian dari pendekatan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL), yang bertujuan untuk mengakui pembelajaran berbasis pengalaman individu sebagai alternatif jalur masuk ke pendidikan tinggi atau untuk mendapatkan kredit akademik. Berikut penjelasan lebih rinci:

APEL A (Access)

APEL A adalah mekanisme yang memungkinkan individu masuk ke program pendidikan tinggi berdasarkan pengalaman kerja atau pembelajaran non-formal/informal, tanpa harus memenuhi syarat akademik tradisional.

Ciri-ciri:

Tujuan: Memberikan akses masuk ke program studi bagi individu yang tidak memiliki kualifikasi formal tetapi memiliki pengalaman kerja yang relevan.

Persyaratan:

Berusia minimal 21 tahun untuk program diploma atau sarjana.

Berusia minimal 30 tahun untuk program pascasarjana.

Memiliki pengalaman kerja atau pembelajaran yang relevan.

Proses: Biasanya melibatkan penilaian seperti ujian, wawancara, atau penyusunan portofolio.

APEL C (Credit Award)

APEL C memungkinkan individu memperoleh kredit akademik untuk kursus tertentu berdasarkan pengalaman kerja atau pembelajaran non-formal/informal yang relevan.

Ciri-ciri:

Tujuan: Mengurangi jumlah kursus yang harus diambil dalam program studi karena pengalaman kerja/pembelajaran sebelumnya telah memenuhi hasil pembelajaran kursus tertentu.

Persyaratan:

Terdaftar dalam program pendidikan tinggi di institusi yang diakui oleh MQA.

Mengajukan permohonan untuk kredit berdasarkan bukti pengalaman/pembelajaran.

Proses:

Penilaian dilakukan melalui portofolio, ujian, atau metode lainnya untuk memastikan pengalaman tersebut relevan dengan hasil pembelajaran kursus.

Kredit maksimum yang dapat diperoleh adalah hingga 30% dari total kredit program.

4. Siapa rakan kerjasama CTC?

CTC mempunyai rakan kerjasam seperti CIDB, Asia e University, Universiti Geomatika Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Koleh Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim.

5. Adakah terdapat caj perkhidmatan yang dikenakan sekiranya saya mendapatkan nasihat atau konsultasi dari pihak CTC?

Tidak, CTC menawarkan nasihat dan konsultansi percuma kepada pelanggan yang ingin mengetahui info berkaitan program pengajian dan kursus yang ditawarkan.

6. Apakah kaitan antara CTC dan Universiti yang melaksanakan ODL?

CTC menjalankan tugas sebagai perunding pendidikan dan menyediakan perkhidmatan sebagai pemudah cara di antara pelanggan dan universiti. Tidak ada caj dikenakan kepada pelanggan melainkan apa yang ditawarkan oleh pihak universiti. CTC mempunyai pengalaman dalam pengendalian program ODL yang akan membantu pelajar ODL manamatkan pengajian dengan lebih mudah dan memudahkan urusan di antara pihak universiti dan pelajar.

7. Apakag kaitan CTC dan smart ODL?

Smart ODL merupakan platform atas talian yang diwujudkan CTC bagi memudahkan proses penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada pelangggan.